KKMM rangka beberapa polisi tingkat jaringan komunikasi di Sarawak

Iklan
Gobind beramah mesra bersama para hadirin ketika hadir pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Triboh semalam. - Foto Bernama

SERIAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan merangka beberapa polisi bagi meningkatkan jaringan komunikasi di Sarawak.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, pelaksanaan itu akan mengambil sedikit masa untuk dikaji terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Dalam pada itu, KKMM akan terus memberi fokus kepada penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat. Selepas perangkaan polisi itu dikenal pasti, KKMM akan melaksanakannya secepat mungkin,” katanya semasa berucap pada program beliau bersama rakyat di Kampung Paon Rimo di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui dan ADUN Tanjung Batu, Chiew Chiu Sing.

Iklan

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkesempatan berkunjung ke kediaman bekas Ahli Parlimen, Datuk Seri Dominic Dago di Kampung Pichin.

Dominic Dago adalah kaum Bidayuh yang pertama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen pada tahun 60-an.

Iklan

Petang ini, beliau dijadual berkunjung ke sebuah lagi kampung suku kaum bidayuh di Benuk bagi bersama-sama meraikan sambutan Gawai dan melihat sendiri keunikan sambutan itu di Sarawak. - Bernama