Kantoi sembunyi daun ketum 115kg dalam kereta

Iklan
Sejumlah 23 beg plastik hitam berisi daun ketum seberat 115 kilogram dirampas IPD Perak Tengah semalam.

SERI ISKANDAR - Helah seorang buruh menyembunyikan 115 kilogram di dalam bonet belakang kereta terbongkar apabila dia ditahan polis sewaktu menjalankan tugasaan rondaan di Jalan Kampung Sungai Buaya, Seberang Perak di sini petang semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, pada jam 2.50 petang, beberapa anggota rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga warna merah dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Sungai Buaya, di sini.

Menurutnya, polis bertugas kemudiannya membuat pemeriksaan tubuh terhadap suspek namun tidak menjumpai apa-apa barangan menyalahi undang-undang pada mulanya.

Iklan

"Bagaimanapun, pemeriksaan seterusnya di dalam kereta terbabit membolehkan polis menjumpai 23 bungkus plastik hitam berisi dedaun hijau disyaki daun ketum seberat 115 kilogram di dalam bonet belakang.

"Suspek kemudiannya ditangkap manakala kesemua daun ketum dirampas dan dibawa balik ke IPD Perak Tengah untuk tindakan lanjut," katanya kepada media di sini hari ini.

Iklan

Mohamad Zainal berkata, suspek ditahan dipercayai berusia 33 tahun, berasal dari Tumpat, Kelantan dan bekerja sebagai buruh.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati negatif dadah di samping tiada rekod lampau ditemui berkaitannya.

"Kesemua nilai rampasan daun ketum itu dianggarkan bernilai RM1,800 dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun Negara 1952," katanya.