'Lemang periuk kera selamat'

Iklan
Mohd Shahrinnahar bersama periuk kera yang dikutip di jalan Kuantan-Maran saban tahun.

KUANTAN - Lemang periuk kera merupakan salah satu juadah eksotik yang semakin mendapat permintaan umum di musim lebaran ini.

Namun artikel yang tular mengenai pendapat seorang pensyarah universiti tempatan yang mendakwa aktiviti itu akan mengurangkan populasi tumbuhan berkenaan, membuatkan seorang peniaga di sini tampil beri penjelasan.

Iklan
Iklan

Muhammad Shahrinnahar Abdul Latib dari Kuantan berkata, beliau menjual makanan itu sejak dua tahun lalu dan hanya satu lokasi yang menjadi tempat beliau mencari tumbuhan itu.

"Lokasinya adalah sekitar kawasan belukar dan lereng bukit di tepi jalan sepanjang Jalan Kuantan-Maran.

Iklan

"Sebenarnya tidak perlu masuk jauh-jauh dalam hutan pun untuk cari periuk kera ni. Tiap tahun saya cari di tempat yang sama, maknanya pokok kera tak mati pun atau pupus seperti dakwaan ‘pencinta alam sekitar’ itu.

Proses membasuh kelongsong periuk kera dilakukan beberapa kali sehingga bersih. (Gambar kecil: Antara perbualan pelanggan yang terkesan dengan artikel viral.)

"Malah pada tahun ni saya rasa hasil periuk kera yang dikutip lagi banyak dari tahun lepas. Maknanya pokok periuk kera semakin bercambah dan membiak dengan baik. Kawasan yang dikutip itu dah saya anggap macam kebun periuk kera sendiri. Tiap tahun saya akan datang kutip di situ,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Iklan

Beliau turut membantah dakwaan mengatakan kelongsong periuk kera menjadi tempat haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis.

"Sehingga hari ini, lebih 5,000 kelongsong yang telah dibasuh dan tidak pernah lagi menemui najis haiwan di dalamnya.

"Satu lagi, kelongsong yang saya guna ni kecil, macam mana tupai atau kelawar nak berak dalam tu. Ada satu keje pulak dia nak berak dalam tu.

Mohd Shahrinnahar menegaskan pada awalnya enggan ambil tahu mengenai artikel tular tersebut kerana menganggapnya sebagai pendapat peribadi individu.

Kelongsong yang telah dibasuh dengan bersih.

Namun apabila ada pelanggannya membatalkan tempahan di saat akhir kerana kesan artikel tersebut, beliau tampil beri penjelasan.

"Jadi kesimpulannya di sini, jangan nak fitnah makanan tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli ni. Jual lemang ni bukan boleh kaya pun, sekadar boleh beli baju raya anak-anak je..,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan jualan lemang periuk kera: Maya Karin