'Arwah semangat buat persiapan raya'

Iklan
Lokasi kejadian yang meragut nyawa anggota polis, Lans Korporal Mohd Ishraf Ismail, 27, pagi tadi. (Gambar kecil: Nor Adeela)

JOHOR BAHRU -"Tahun ini arwah bersemangat sungguh nak sambut Syawal, sebab dah lima tahun dia tak dapat beraya," kata isteri kepada anggota polis, Lans Korporal Mohd Ishraf Ismail, 27, yang terkorban dalam satu kemalangan ketika sedang menjalankan tugas di Jalan Persisiran Perling Arah, Iskandar Puteri di sini pagi tadi.

Nor Adeela Mad Hashim, 26, berkata, dia tidak menyangka semalam merupakan hari terakhir suaminya bertugas dan sepatutnya mereka sekeluarga telah bertolak ke Kedah untuk beraya di sana.

Iklan
Iklan

"Kami pun memang dah rancang untuk pulang ke Alor Setar petang ini. Dia seronok sangat nak beraya, semua telah disiapkan. Malah baju raya untuk dua anak kami juga telah dibelikannya.

"Memang tiada rezeki dia nak beraya, ALLAH lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini tadi.

Iklan

Adeela turut memberitahu, kali terakhir dia bertemu suaminya itu adalah pada jam 3 pagi semalam iaitu ketika arwah menghantar nasi lemak untuk dia bersahur.

"Arwah singgah ke rumah bersama rakannya (yang turut terbabit dalam kemalangan) dan hantar dua bungkus nasi lemak untuk kami tiga beranak bersahur.

Iklan

"Kami kemudiannya menerima berita kemalangan ini kira-kira jam 8 pagi melalui sahabat arwah," katanya.

Jenazah Mohd Ishraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Tok Teh, Malau di Jitra, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis maut dirempuh ketika bertugas