PM, isteri ucap Selamat Hari Gawai, Pesta Kaamatan

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Saya dan isteri berharap semua orang bergembira menyambut hari yang menandakan berakhirnya musim menuai ini.

Iklan
Iklan

"Semoga hubungan rapat antara kaum terus terjalin, keamanan rakyat dan negara sentiasa terjaga,” katanya menerusi catatan di akaun Twitter, @chedetofficial.

Pesta Kaamatan atau perayaan menuai di Sabah adalah satu perayaan selama sebulan khusus bagi masyarakat Kadazandusun, dan kemuncak perayaan disambut pada 30-31 Mei sementara sambutan Hari Gawai pula diraikan pada 1-2 Jun oleh masyarakat Dayak dan Iban di Sarawak. - Bernama

Iklan
Iklan