KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina jam 5.45 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan pusat gempa itu terletak di 6.0 darjah utara dan 126.6 darjah timur, kira-kira 143 km tenggara dari Davao, Filipina.