KUANTAN - Jentera pilihan raya BN Pahang diarah bersiap-sedia bagi menghadapi PRK Cameron Highlands, 26 Januari tahun depan seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jentera pilihan raya BN telah bersiap-sedia sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya mengenai kerusi parlimen itu lagi.