Pemandu Grab perlu hati-hati, elak penumpang mencurigakan

Iklan

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menasihatkan kepada pemandu perkhidmatan e-hailing, Grab agar lebih berhati-hati ketika membawa penumpang yang menaiki kenderaan mereka.

Beliau berkata, meskipun pekerjaan itu merupakan sumber pendapatan namun faktor keselamatan juga perlu diutamakan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Iklan
Iklan

"Sekiranya penumpang itu kelihatan mencurigakan adalah lebih baik mencari penumpang lain walaupun tindakan itu akan menjejaskan pendapatan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Iftar Polis Diraja Malaysia bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini, malam ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memuji tindakan pantas polis Sabah dengan kerjasama pihak Grab kerana berjaya memberkas suspek yang disyaki membunuh pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar pada 24 Mei lepas.

Beliau berkata, salah seorang suspek adalah warga asing telah menerima pelbagai respons daripada netizen di media sosial agar isu pendatang tanpa izin di negeri ini diatasi sebaiknya. Oleh sebab itu, beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah membincangkan perkara berkenaan dalam usaha merekodkan data mereka yang tidak mempunyai dokumen.

Iklan

"Itulah perlunya pangkalan data agar mereka yang tidak berdokumen ini direkodkan dan sekiranya berlaku kes jenayah, cap jari mampu mengesan pelakunya," katanya. - Bernama