Set barang kemas Imelda Marcos akan dijual

Iklan
Salah satu set barang kemas milik Imelda Marcos yang akan dijual.

MANILA - Barang kemas milik bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos yang terkenal kerana gemar berbelanja mewah dan mempunyai koleksi ribuan kasut luar biasa akan dijual dan hasilnya akan disalurkan untuk rakyat negara ini.

Badan pemulihan aset kerajaan telah mendapat kebenaran Presiden Rodrigo Duterte untuk menjual salah satu daripada tiga set barang kemas yang dirampas kira-kira tiga dekad lalu selepas kejatuhan bekas pemimpin diktator, Ferdinand Marcos.

Iklan
Iklan

Difahamkan, koleksi barang kemas termasuk berlian 25 karat yang nilainya boleh mencecah AS$5 juta (RM21 juta) dirampas di Hawaii di mana Ferdinand dan Imelda tinggal dalam buangan.

Kerajaan pernah cuba untuk melelong koleksi barang kemas tersebut, namun dibantah Imelda.

Iklan
Iklan

Tiga set barang kemas tersebut kini ditempatkan di peti besi bank pusat dan pada 1991 ia dianggarkan bernilai AS$6 juta (RM25 juta). - Agensi