Kawasan perindustrian IM jadi sasaran penjenayah

Iklan
Chean Chung meninjau kawasan yang menjadi tumpuan pencuri.

KUANTAN - Kawasan perindustrian Indera Mahkota (IM) 3 dikhuatiri menjadi sasaran penjenayah ketika perayaan Aidilfitri kerana semua peniaga meninggalkan premis untuk bercuti.

Peniaga mendakwa barangan perniagaan termasuk kereta terpakai, peralatan kedai dan besi buruk dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Peter Say, 58 berkata, setiap kali musim perayaan banyak kes kecurian berlaku di kawasan perindustrian tersebut.

Menurutnya, pencuri bertindak lebih berani termasuk memasang tali di bangunan bagi memudahkan mereka memanjat dan menceroboh.

Iklan

"Memang kes kecurian biasa berlaku di kawasan ini.

"Kita lebih bimbang ketika cuti raya kerana keadaan sunyi dan tiada sesiapa mengawasi pergerakan mereka," katanya.

Iklan

Sementara itu, Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, pihak berkuasa khususnya PDRM perlu bertindak bagi memastikan keselamatan kawasan tersebut terjamin.

"Kita harap pihak polis lebih fokus melakukan rondaan di kawasan ini dan lebih kerap supaya penjenayah takut untuk bertindak," katanya.