Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 11.03 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu terletak di 0.4 darjah utara dan 98.2 darjah timur, kira-kira 119km tenggara dari Nias, Indonesia.

Iklan
Iklan

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama