Polis bimbang kadar kemalangan di Johor meningkat

Iklan
Mohd Khalil pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

JOHOR BAHRU - Polis Johor melahirkan kebimbangan atas peningkatan kes kemalangan jalan raya yang dicatatkan sepanjang empat hari Op Selamat 15/2019 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Johor dilancarkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sehingga hari ini sebanyak 1,068 kes kemalangan dicatatkan berbanding hanya 933 kemalangan tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Jika dibandingkan dengan tahun lalu menunjukkan peningkatan 14.7 peratus atau 135 kemalangan. Kemalangan maut dicatatkan sehingga kini sembilan kes tapi mangsa yang meninggal dunia 10 orang.

"Tahun lalu juga 10 orang tapi sepanjang Op Selamat sedangkan tahun ini baru masuk hari keempat sudah catat 10 kematian jadi ini merisaukan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Iklan

Menurutnya, jalan Persekutuan di seluruh Johor mencatatkan berlakunya kemalangan paling kerap.

Setakat ini polis juga sudah mengeluarkan 5,117 saman iaitu peningkatan 23 peratus daripada tahun lepas.

Iklan

Sehubungan itu, beliau merayu kepada penunggang motosikal supaya mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Op Selamat 15/2019 melibatkan 552 pegawai dan anggota polis 30 Mei lalu dan berakhir 12 Jun depan.