Kemalangan pertama WCE yang beroperasi baru dua hari

Iklan
Keadaan kereta yang terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di WCE, malam tadi.

TELUK INTAN - Baru dua hari Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) beroperasi dan dibuka kepada pengguna, sudah ada kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta, malam tadi.

Kemalangan sekitar jam 10.30 malam itu berlaku di KM158.3 membabitkan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

"Nahas hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan iaitu di bahagian hadapan dan kiri pintu hadapan.

Iklan

"Pemandu pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau mengingatkan pengguna untuk sentiasa mematuhi had laju dan peraturan ketika memandu terutama pada musim perayaan ini

Iklan

"Pandulah dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku," katanya.

Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Hutan Melintang - Teluk Intan dibuka secara rasmi bermula jam 6 petang, Jumaat lalu bagi mengurangkan kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri ini.

Laluan sepanjang 19.1 km ini direka bentuk sebagai laluan dua lorong dua hala dan menjadi laluan pintasan kepada penduduk sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.