Liberalisasi rancangan licik musuh Islam: Nasrudin

Iklan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR - Liberalisasi adalah antara rancangan licik musuh Islam untuk menyekat atau sekurang-kurangnya memperlahankan gerakan Islam dan umatnya.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, mereka bukan saja menyerang secara terbuka dari luar tetapi halus dari dalam setelah berjaya masuk ke 'jantung hati' umat Islam.

Iklan
Iklan

Katanya, antara gaya tindak gerakan liberalisasi ialah menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain melalui slogan semua agama mengajak ke arah kebaikan dan menuju syurga.

"Mereka juga mencampur-adukkan perkara ibadah khusus dalam Islam dengan amalan adat dan budaya, sehingga nilai ibadah khusus itu tidak dipraktikkan mengikut tatacara ibadah yang betul.

Iklan

"Selain itu, menuetralkan amalan agama dan ibadah dalam Islam agar ia boleh dikongsi amal dan tindakan dengan penganut agama lain atas nama perpaduan kaum dan keharmonian agama," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, gerakan liberalisasi ini mempunyai beberapa sasaran mudah antaranya umat Islam yang kurang pegangan agama dan mudah diperdaya melalui slogan kesaksamaan dan keharmonian kaum.

Iklan

"Umat Islam yang mudah dipalingkan dengan tekanan dan ugutan serta terdesak dan mudah dipengaruhi melalui sumbangan kebajikan juga menjadi sasaran," katanya.

Katanya, penggerak dan watak utama gerakan liberalisasi ini ialah golongan atau individu yang mempunyai rekod anti Islam.

"Sama ada mereka berperanan di belakang tabir atau semakin berani dan nekad untuk tampil terbuka. Realiti ini kita boleh perhatikan secara mikro bagaimana sesuatu agenda itu direalisasikan, lalu kita boleh mengesahkannya dengan penglibatan watak-watak tersebut," katanya.

Nasrudin berkata, Islam tidak anti bukan Islam tetapi agama ini menetapkan garis sempadan yang perlu dipatuhi. -Bernama