Perak dahulukan yang penting, minimumkan perbelanjaan

Iklan
Ahmad Faizal bersama peserta Felcra pada program berkenaan.

IPOH - Kerajaan Perak akan mencari jalan untuk memininumkan perbelanjaan agar ia dapat disalurkan kepada perkara yang jauh lebih penting seperti membela kehidupan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala perbelanjaan juga perlu mengikut keutamaan yang memberikan kepentingan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, kerajaan negeri akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak lagi kepada perkara-perkara yang tidak begitu penting.

"Jika di negeri Perak ini, kita dapati begitu ramai golongan yang memerlukan pembelaan, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlukan bajet kepada perkara-perkara yang tidak begitu penting.

Iklan

"Kalau kita bermesyuarat, kurangkanlah perbelanjaan makan minum. Tak perlu lagi satu kepala RM40 akhirnya tak disentuh pun makanan itu selain khemah yang besar luas dengan dekorasi yang hebat.

"Oleh itu kita dahulukan perkara yang jauh lebih penting seperti perkara membela kehidupan rakyat. Inilah yang saya maksudkan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Faizal berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Duit Raya kepada 1,031 keluarga Felcra Seberang Perak di Dewan Besar Felcra Seberang Perak.

Sementara itu Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, pihaknya akan terus cuba mencari kaedah terbaik bagi meminimumkan perbelanjaan skuad The Bos Gaurus itu pada musim 2020 nanti.

Katanya, bagi kontrak-kontrak baharu PAFA juga tidak akan mengamalkan pemberian elaun gaji yang terlalu tinggi sehingga memberikan masalah dan menyulitkan kerajaan untuk menampung perbelanjaan.

"Saya tak kata kurangkan tetapi cari jalan cari jalan kurangkan kerana sebelum ini pun bajet lebih tinggi tetapi dari zamam Hasnul (Zulkarnain), dah laksanakan; cari jalan untuk potong elaun pemain agar perbelanjaan kita tak terlalu tinggi.

"Kalau memang perlu RM30 juta, tapi kita cari jalan kenapa kita perlu belanja untuk bola sepak sampai RM30 juta tetapi untuk kad prihatin hanya RM22 juta. Ini tak seimbang.

"Kad prihatin mestilah jadi RM50 juta. itu keutamaan. Tapi kita kena usaha. Kena kerja kuat untuk tambah pendapatan negeri dan sebagainya," katanya.