Mudik bermula, aliran trafik lancar

Iklan
Penunggang motosikal menunggu giliran menaiki feri untuk pulang ke kampung di pelabuhan Gilimanuk di Jembrana di Bali.

JAKARTA - Kira-kira 15 juta penduduk atau separuh populasi di Jakarta dijangka ‘mudik’ atau pulang ke kampung secara beramai-ramai sempena sambutan Aidilfitri pada Rabu ini.

"Waktu perjalanan adalah antara 14 dan 20 jam. Jika trafik sesak, ia akan mengambil masa sehingga lebih 20 jam,” kata pemandu teksi tiga roda, Sugeng Puji yang menuju ke Kebumen di Jawa Tengah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, lalu lintas pada tahun ini dikatakan agak lancar.

"Tidak berlaku kesesakan yang teruk walaupun kereta bergerak agak perlahan,” kata Dwi Soejatmoko yang melakukan perjalanan sejauh 550 kilometer dari Jakarta ke Yogyakarta.

Iklan

Kebanyakan penduduk turut memilih pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mudik menjelang akhir Ramadan itu kebiasaannya menyebabkan kesesakan luar biasa dan kemalangan maut. - AFP

Iklan