4,000 berbuka puasa bersama PM di Masjid Bandaraya KK

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada seramai 20 golongan Asnaf pada majlis Iftar bersama Perdana Menteri di Masjid Bandaraya di sini hari ini.

KOTA KINABALU - Kira-kira 4,000 orang tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, hari ini.

Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, tiba di perkarangan masjid berkenaan pada jam 6.20 petang, diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib.

Iklan
Iklan

Ketibaan Tun Dr Mahathir disambut Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong serta Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dan Datuk Wilfred Madius Tangau bersama menteri Kabinet Sabah yang lain.

Iklan

Orang ramai yang telah menunggu ketibaan Tun Dr Mahathir sejak 4 petang tadi, mengambil peluang bersalaman dengan perdana menteri. Selepas berbuka puasa, perdana menteri bersama pemimpin dan tetamu lain seterusnya menunaikan solat Maghrib berjemaah, sebelum acara diteruskan dengan jamuan makan.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima dalam kalangan asnaf.

Iklan

Selepas majlis selesai, Dr Mahathir dan isteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur, malam ini. - Bernama