Rejim Zionis, pelampau Yahudi biadab!

Iklan
Pihak berkuasa rejim Zionis bertindak menyerang jemaah Palestin di al-Aqsa.

BAITULMAQDIS - Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa rejim Zionis di pekarangan Masjid al-Aqsa ketika sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk Haram al-Sharif hari ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan polis Israel membenarkan lebih 400 pelampau Yahudi memasuki kawasan itu sebagai langkah provokasi bertepatan dengan ulang tahun pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari 1967.

Iklan
Iklan

Insiden pertempuran tercetus selepas ratusan jemaah melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ sebagai membantah perbuatan biadab mereka yang mencemari kesucian masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Polis Israel kemudiannya menyerang beberapa jemaah Palestin termasuk pengawal al-Aqsa yang cuba menghalang langkah provokatif kumpulan pelampau Yahudi tersebut.

Iklan

"Mereka turut melepaskan gas pemedih mata dan bertindak mengusir para jemaah ke pintu masuk bahagian selatan al-Aqsa. Beberapa orang dilaporkan cedera dan diberkas rejim Zionis,” lapor Anadolu lagi.

Difahamkan, ia adalah pertama kali dalam tempoh tiga dekad pelampau Yahudi dibenarkan memasuki pekarangan al-Aqsa pada minggu akhir Ramadan.

Iklan

Pada 1988, pekarangan al-Aqsa ditutup kepada pelampau Yahudi selepas ulang tahun pendudukan Israel itu turut jatuh pada minggu akhir Ramadan. - Agensi