Ustaz Ebit Lew berdakwah di lorong, santuni penghuni lorong

Iklan
Ebit Lew menziarahi dan menyantuni penghuni lorong yang terdiri daripada transgender atau mak nyah, dan wanita-wanita kerja lorong.

KUALA LUMPUR –"Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat, itu ungkapan paling buat saya sebak menangis, demikian luahan penceramah popular, Ebit Lew.

Dalam perkongsian di akaun Instagramnya, Ebit, 35, berkata, lewat malam semalam beliau berkesempatan menziarahi dan menyantuni penghuni lorong yang terdiri daripada transgender atau mak nyah, dan wanita-wanita kerja lorong.

Iklan
Iklan

"Menangis selepas jumpa mereka, tak berhenti cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat...itu paling buat saya sebak di hati.

"Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik namun, diuji dalam kehidupan.

Iklan

"Ada yang seorang ini, mula kerja lorong sejak umur 11 tahun untuk sara dan bantu keluarga, adik beradik sehinggalah hari ini... menangis saya dengar. Malah ada juga yang mula bekerja sejak usia 14 dan 15 tahun. Saya peluk transgender mak nyah, mereka terharu sebak. Tak peluk wanita,” katanya.

Ebit menambah, dia dibawa untuk menziarahi semua wanita dan transgender yang bekerja di lorong dan dalam kunjungan itu dia dihujani dengan pelbagai soalan.

Iklan

"Saya sedih tengok tempat kerja mereka, bilik panas dan sempit. Ada yang minta saya ajarkan bersolat dan mereka tekun mendengar setiap ucapan dan tunjuk ajar saya.

"Paling mengkagumkan, apabila ramai daripada mereka tinggalkan tempat kerja, sedangkan malam minggu, tentunya ramai pelanggan. Mereka terus ikut dan banyak saya dapat berbual dengan mereka, mereka juga sedar halal dan haram,” ujarnya.

Jelasnya, adakalanya mereka menangis seorang diri dan berdoa minta ALLAH berikan kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba ALLAH malah mereka juga amat merindui keluarga.

"Ada seorang kakak ini dah lama kerja begini, suami sudah tak ada sejak 13 tahun dan hingga kini masih kerja lorong.

"Anak tiga orang belajar di Mesir, bila anak minta duit, dia bagi dan anak-anaknya tak tahu pekerjaan ibunya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakan dia dapat keluar daripada kerja ini dan anak-anaknya dapat bantu ibunya, sedih menangis kakak itu,” ceritanya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyokong kerja dakwah ini.