Anak yatim, fakir miskin pilih baju raya sendiri
Iklan
Azhar (lima dari kanan, barisan belakang) bergambar bersama anak-anak yang diraikan dengan dibantu petugas kawasan, membeli baju raya di Jakel Alor Setar.
ALOR SETAR - Keceriaan jelas terpancar pada wajah anak yatim dan fakir miskin apabila diberi peluang memilih sendiri baju raya yang akan disarungkan pada Aidilfitri ini.
Inisiatif Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam bersama Dewan Pemuda Pas Jerlun membawa 25 kanak-kanak dikategorikan anak yatim dan keluarga miskin dari Parlimen Jerlun ini wajar dicontohi.
Iklan
Iklan
ADUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim berkata, mereka diraikan dalam dua program, iaitu membeli baju raya dan berbuka puasa di sebuah restoran.
"Kesemua anak yatim dan fakir miskin itu dibawa ke Gedung Tekstil Jakel Alor Setar dan diberi peluang memilih baju raya sambil dibantu jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Dewan Pemuda Pas Jerlun dan Ameerah Pas Jerlun,” katanya.
Iklan
Menurutnya, program ini memanfaatkan sumbangan infaq Ramadan yang diterima selain hasil sumbangan orang ramai.
"Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan dan jadual padat sepanjang Ramadan, kami mahu menyantuni golongan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim supaya mereka berasa dihargai terutama menjelang Syawal,” katanya.
Iklan
Azhar berkata, inisiatif ini juga bagi membolehkan golongan itu berasa teruja menyambut Aidilfitri, sama seperti orang lain tanpa rasa terpinggir.
"Ini merupakan program kali kedua bersama Jakel, diharap ia dapat dijadikan acara tahunan dalam usaha kita memberi keceriaan kepada golongan tidak bernasib baik,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut berterima kasih kepada Jakel Alor Setar kerana menawarkan diskaun luar biasa sebagai sumbangan syarikat itu menerusi pembelian baju raya.
"Selepas penat membeli-belah, mereka dibawa berbuka puasa di sebuah restoran dan menerima beberapa sumbangan lain tajaan individu yang menyumbang,” katanya.
Ketua Pemuda Pas Jerlun, Abdul Hadi Omar berkata, pihaknya bersyukur program berlangsung dengan jayanya dan berterima kasih kepada penyumbang yang merealisasikan program itu.
"Kami akan berusaha menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan agar dapat terus melihat keceriaan pada wajah anak-anak ini dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam