FAMA sediakan Pasar Tani Khas sempena Aidilfitri

Iklan
Fuziah beramah mesra bersama kanak-kanak OKU ketika menyampaikan sumbangan duit raya pada Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra Syawal Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.

KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mewujudkan Pasar Tani Khas bagi memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan barang keperluan untuk perayaan Aidilfitri.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pasar yang akan telah beroperasi 31 Mei sehingga 4 Jun ini diharap menjadi pilihan utama kepada pengguna untuk mendapat barang keperluan harian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program ini selaras dengan hasrat kerajaan menangani kenaikan harga barang di pasaran terutamanya musim perayaan.

"Pasar tani ini dapat menjadi ruang pilihan yang lebih baik berbanding dengan pasar-pasar, pasar raya yang sedia ada, jauh lebih murah, berkualiti dan lebih segar.

Iklan

"Selain barang keperluan seperti daging dan sayur-sayuran, di pasar tani khas, mereka berpeluang mendapatkan juadah bekalan Aidilfitri seperti lemang, ketupat, rendang dan kuih untuk keperluan raya," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pra Syawal Peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Fuziah berkata, tiada kesalahan yang dicatatkan oleh peniaga di samping mematuhi penetapan harga maksimum borong dan runcit membabitkan 25 barangan terkawal sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, pihaknya berharap agar peniaga mengekalkan rekod ini dan pemantauan berterusan akan dilakukan FAMA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menjaga hak pengguna.

"Kita menasihatkan agar para pengguna tidak bimbang dengan bekalan dan berbelanja dengan bijak serta berhemah membeli keperluan.

"Rata-rata pengamatan kita peniaga menggunakan harga maksimum kawalan dan ada juga yang menjual kurang daripada harga kawalan.

"Kita lihat rata-rata peniaga jelas dan memahami mana harga kawalan tetapi yang tidak dikawal itu berbeza-beza," katanya.