Habis dalam tempoh 3 jam

Iklan
Antara penduduk yang memilih pakaian percuma kelmarin.

JEMPOL – Dalam tempoh tiga jam, hampir 3,000 pakaian terpakai yang berjaya dikumpulkan dan diberikan secara percuma kepada masyarakat di Felcra Rompin di sini habis.

Program anjuran Pemuda UMNO Bahagian Jempol dengan kerjasama Jentera Empire Riders itu diadakan untuk memberi kegembiraan kepada masyarakat setempat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut Syawal.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd Zaidy Abd Kadir, program itu diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk memilih pakaian tanpa had dan boleh mengambil seberapa banyak secara percuma.

"Kita berjaya mengumpulkan banyak pakaian terpakai yang masih baik terutamanya baju kurung, tudung, baju Melayu untuk dewasa dan kanak-kanak."Tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, sesiapa sahaja boleh mengambil pakaian seberapa banyak mereka perlukan.

Iklan

"Keadaan pakaian yang diberikan ini adalah baik, kualiti pakaian sumbangan ini kita tapis, hanya yang benar-benar baik dan boleh digunakan sahaja akan diberikan kepada orang ramai, jadi memang tidak rugi mereka mengambil pakaian ini," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Presiden Jentera Empire Riders, A Sani Ismail.

Iklan