Hujan, ribut petir di Selangor pada sambutan Aidilfitri

Iklan

SHAH ALAM - Cuaca di kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor diramal hujan dan ribut petir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Rabu ini.

Bagaimanapun cuaca dijangka baik di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan
Iklan

Menerusi maklumat di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), beberapa daerah dijangka hujan pada waktu pagi dan diramal berlaku ribut petir pada waktu petang.

Ia membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling.

Iklan
Iklan

Cuaca hujan dan ribut petir diramal berterusan pada waktu petang di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling hingga Ahad ini.