JOHOR BAHRU -"Nak raya ni bang, nak pakai duit." Ini antara alasan yang diberikan kaki judi ketika ditahan dalam serbuan Ops Taruh yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sepanjang Ramadan ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata perbuatan tidak menghormati kesucian Ramadan dilakukan secara terang-terangan di premis-premis perjudian.