Misi Senaskah al-Quran Setulus Kasih dilancar jadi misi semua ummah

Iklan
Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah bersama Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia/Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz pada pelancaran Penyerahan Tabung Misi Wakaf Al-Quran Setulus Ikhlas di Stesen Minyak Petronas Jalan Reko, Kajang di sini hari ini. - FOTO ROSLI TALIB

KAJANG - [DIKEMASKINI] Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Sinar Harian, Yayasan Nur Karangkraf dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) hari ini melancarkan 'Program Senaskah Al-Quran Setulus Kasih'.

Pengerusi Yayasan Nur Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, tujuan program ini diadakan untuk membeli dan menyumbangkan al-Quran ke negara-negara yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, pihak penganjur akan menempatkan tabung-tabung khas di stesen Petronas di seluruh negara.

"Melalui program ini juga kita turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berkongsi pahala dengan menderma kepada tabung ini.

Iklan

"Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan ini antara lain adalah untuk membantu masyarakat Islam lebih mendalami dan menghayati al-Quran," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran yang diadakan di Stesen Petronas Jalan Reko 2 di sini hari ini.

Menurut Muhammad Nasir yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, hasil kutipan daripada tabung itu juga akan disiarkan di akhbar Sinar Harian bagi memastikan orang ramai dapat mengetahui jumlah yang telah berjaya dikutip.

Iklan
Pengunjung stesen minyak Petronas menderma untuk Tabung Misi Wakaf Al-Quran Setulus Ikhlas di Stesen Minyak Petronas Jalan Reko Kajang di sini hari ini. - FOTO ROSLI TALIB

"Kita cadang dalam tempoh dua minggu kita mula kumpulkan kutipan itu untuk membeli al-Quran yang bernilai RM45 senaskah supaya ia dapat disumbangkan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Selain menderma melalui tabung yang ditempatkan di stesen-stesen minyak Petronas d seluruh negara, orang ramai juga boleh berbuat demikian melalui akaun Misi Wakaf Al-Quran Setulus Hati (Maybank 5622 1820 3361).

Ditanya mengenai tempoh yang ditetapkan untuk program berkenaan, Muhammad Nasir tidak meletakkan sasaran tertentu, namun perkembangan akan dilihat dalam tempoh setahun.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, buat permulaan sebanyak 500 kotak tabung itu akan diedarkan di semua stesen minyak di seluruh negara.

"Memandangkan ketika ini kita telah memasuki fasa persediaan menyambut Aidilfitri, jadi kotak tabung ini kita akan fokuskan di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri berhampiran.

"Selepas itu baharulah kita akan perluaskan ke semua stesen minyak Petronas seluruh negara dan kita jangkakan sehingga 900 kotak tabung akan ditempatkan nanti.

"Kita juga berharap agar semua penguasaha stesen minyak Petronas akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk membuat kutipan derma daripada pelanggan-pelanggan atau masyarakat sekitar," katanya.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah bersama Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia/Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz pada pelancaran Penyerahan Tabung Misi Wakaf Al-Quran Setulus Ikhlas di Stesen Minyak Petronas Jalan Reko, Kajang. Foto Sinar Harian/Rosli Talib