Amaran tegas kepada polis kutip dana raya

Iklan
Mesej yang tular di media sosial berkaitan ada unit dalam PDRM yang melakukan kutipan dana untuk pembiayaan kos jamuan hari raya Syawal nanti. (Gambar kecil: Abdul Hamid Bador)

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dengan nada tegas mengulangi amarannya kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak terlibat dalam pengumpulan dana untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, walaupun beliau telah memberi amaran yang keras dan jelas sebelum ini, namun masih dapat dikesan ada pegawai atasan, termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) yang mengerah anggotanya untuk mengumpul dana kononnya untuk membiayai majlis sambutan perayaan.

Iklan
Iklan

"Lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa bahawa kutipan berkenaan adalah untuk dipanjangkan kepada golongan asnaf.

"Saya sekali lagi mengulangi amaran supaya perbuatan keji dan terkutuk seumpamanya ini, dihentikan serta merta sebelum padah menimpa diri dan tindakan keras diambil ke atas mereka yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Abdul Hamid menambah, jangan gadai maruah diri serta pasukan, dan tidak segan silu bergelumang dengan najis rasuah serta salah guna kuasa.

Difahamkan, kenyataan Abdul Hamid itu susulan daripada ada unit dalam pasukan polis melakukan kutipan dana untuk pembiayaan kos jamuan hari raya Syawal nanti dan perkara itu tular di media sosial.

Iklan