Taburan hujan meningkat, tiada catuan air di Melaka

Iklan
Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab

MELAKA TENGAH - Taburan hujan yang kerap sejak beberapa hari memberi impak kepada paras empangan air terutama empangan air Durian Tunggal semakin meningkat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata, situasi itu sangat diharapkan rakyat Melaka sekali gus mengesahkan tidak akan berlaku catuan air pada musim perayaan ini dan masa akan datang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia satu berita yang menggembirakan dan sebelum ini Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah membuat pelbagai usaha bagi memastikan bekalan air yang sedia ada tidak menjejaskan aktiviti harian rakyat lebih-lebih lagi menjelang Syawal semakin hampir selain inisiatif melakukan pembenihan awan dan solat sunat Istiqa.

"Syukur, beberapa hari ini hampir setiap hari hujan dan yakin keadaan ini akan berterusan dan selain pertolongan ALLAH SWT, ia juga usaha serta komitmen yang telah diberikan SAMB dan BKSA yang begitu tinggi bagi memastikan perkhidmatan air terjejas pada hari raya.

Iklan

"Syabas agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan kerjasama ditunjukkan rakyat Melaka yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha penjimatan penggunaan air serta peka dan prihatin khusus berlaku kebocoran paip pengguna akan membuat aduan segara, ini menunjukkan kerjasama erat antara rakyat dan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, walaupun risiko catuan air mungkin sukar untuk berlaku pada waktu ini, namun rakyat terus disarankan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan percaya penggunaannya bertambah sepanjang musim perayaan.

Iklan

Sebelum ini Ketua Menteri, Adly Zahari menyatakan Melaka bakal berhadapan catuan bekalan air sekiranya negeri itu tidak menerima hujan sehingga 15 Jun ini.