Anzalna Nasir selamat bergelar ibu Jumaat lalu

Iklan

MENERUSI perkongsian di akaun Instagram miliknya, Anzalna melahirkan rasa syukur apabila proses kelahiran menerusi pembedahan itu dipermudahkan.

"Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua!

Iklan
Iklan

"Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami," tulisnya ringkas bersama sepotong video.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Hanif Zaki pada 22 Februari 2016.

Iklan

Kelahiran anak sulung pasangan ini sekali gus menamatkan penantian bapa Anzalna, Prof Madya Md Nasir Ibrahim, yang menginginkan cucu lelaki.