Manfaatkan sepenuhnya kenaikan IPG

Iklan
Shamsul Iskandar (tujuh kanan) pada program berkenaan

KUALA KANGSAR - Pekebun kecil getah diharap dapat memanfaatkan kenaikan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), sebagai peluang menjana pendapatan masing-masing.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kenaikan berkenaan bakal menyaksikan para pekebun menikmati harga yang lebih baik bagi setiap kilogram getah yang dihasilkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dianggarkan tuntutan IPG daripada pekebun kecil dari seluruh negara didapati meningkat sebanyak 20 peratus.

"Ini berdasarkan rekod kita pada harga RM2.20 yang lalu. Sebab itu mulai Januari nanti, RM2.50 itu kita akan aktifkan dan diharap pekebun ambil manfaat ini," katanya.

Iklan

Shamsul Iskandar berkata demikian pada sidang media sempena Program Taklimat Insentif Pengeluaran Getah dan Penghasilan Getah Berkualiti di Dewan Sri Mercu Kuala Kangsar, petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani, Dr Suarni Sumormo (Timbalan Dasar dan Operasi), Mohamad Tuan Muda (Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan),

Iklan

exco kerajaan negeri, Abdul Yunus Jamhari dan Adun Manong Mohamad Zuraimi Razali.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, IPG adalah mekanisme yang diperkenalkan pada 2015 lalu bagai membantu meringankan beban pendapatan bagi pekebun kecil getah.

Malah katanya, IPG dilihat memberikan galakan kepada pekebun kecil untuk terus menoreh biarpun pada ketika harga getah rendah di pasaran.

"Kerajaan prihatin terhadap isu kejatuhan harga getah yang telah memberikan kesan kepada pekebun kecil di seluruh negara.

"Oleh itu, pelbagai langkah dibuat untuk menstabilkan harga getah dan diharap usaha kerajaan ini berhasil dan seterusnya mengurangkan beban yang ditanggung golongan pekebun kecil," katanya.