Saman trafik dijangka meningkat

Iklan
Abdul Hamid bertemu pengguna jalan raya sempena Kempen Balik Kampung Ops Selamat 15 sempena Aidilfitri di Plaza Tol Gombak hari ini.

GOMBAK - Jumlah saman ke atas pesalah trafik Ops Selamat 15/2019 yang bermula 29 Mei lalu hingga 12 Jun depan dijangka jauh lebih tinggi dari tahun sebelumnya disebabkan pertambahan pengguna sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, cuti perayaan yang jatuh pada cuti persekolahan antara faktor pertambahan trafik atas jalan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, penguatkuasaan akan dilipat gandakan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan musim ini.

"Ada antara pengguna mengambil kesempatan dengan kesibukan trafik atas jalan raya untuk bergembira dengan memandu laju yang tidak dipastikan tujuannya, mungkin untuk kepuasan hati.

Iklan

"Pihak polis tiada jalan lain selain mengeluarkan saman kerana sikap tidak bertanggungjawab itu boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada pengguna lain," katanya pada Kempen Balik Kampung Ops Selamat 15 sempena Aidilfitri di Plaza Tol Gombak hari ini.

Katanya, kebanyakan kesalahan yang dikesan berpunca dari sikap pengguna itu sendiri yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu laju.

Iklan
Abdul Hamid bertemu pengguna jalan raya sempena Kempen Balik Kampung Ops Selamat 15 sempena Aidilfitri di Plaza Tol Gombak hari ini.

"Apabila statistik saman bertambah menunjukkan kesedaran keselamatan pengguna masih rendah. Saya nasihatkan pengguna memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan.

"Apabila mengantuk cari peluang untuk berhenti dan jangan paksa diri meneruskan pemanduan. Pakai tali pinggang keledar, patuhi had laju dan tidak menggunakan telefon bimbit," katanya.

Polis memberi tumpuan kepada enam kesalahan iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat bagi Ops Selamat 15/2019.

Sejumlah 96,127 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ke atas pengguna kerana pelbagai kesalahan jalan raya menerusi 1,238 operasi dijalankan sepanjang empat hari sejak 29 Mei lalu.

Dalam tempoh itu sama sebanyak 7,012 kemalangan direkodkan membabitkan 10,042 kenderaan.