KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan timur Sabah pada sebelah pagi hari raya pertama dan kedua.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, manakala di tempat-tempat lain pula dalam cuaca baik.
Iklan
Iklan
Sementara itu, pada sebelah petang dijangka hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Bahagian Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah (bahagian pedalaman dan Pantai Barat) dan Labuan.
Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat.
Di sebelah malam pula, dijangka hujan di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah dan Labuan.