Istilah 'father and mother' merujuk kepada penaja pengganas

Iklan
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Istilah 'father and mother' yang digunakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, Dialog Shangri-La (SLD) yang berlangsung di Singapura baru-baru ini adalah merujuk kepada penaja pengganas yang menyalurkan sumber kewangan bagi menyokong aktiviti mereka.

Setiausaha Akhbarnya, Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat Mohamad berkata istilah itu merupakan terma yang biasa digunakan dalam aktiviti counter-terrorisme.

Iklan
Iklan

"Menhan (Menteri Pertahanan) menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang 'father and mother' kepada organisasi pengganas, ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.

"Beliau (Mohamad) berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka," katanya kepada Astro Awani.

Iklan

Video tular Mohamad menjawab soalan pada Dialog Shangri-La dikritik netizen gara-gara beberapa istilah yang digunakan menteri pertahanan itu.

Dalam sidang yang berlangsung tiga hari itu yang bermula Jumaat lalu, Mohamad turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Asia’s Evolving Security Order and its Challenges’ ketika sesi plenari. Beliau berkongsi pentas bersama-sama Menteri Pertahanan Perancis dan United Kingdom.

Iklan

Persidangan ini adalah program tahunan bertaraf antarabangsa yang membabitkan tokoh penting dalam kalangan kerajaan dan bukan kerajaan di rantau Asia Pasifik dan di luar rantau yang membincangkan isu-isu keselamatan semasa dan akan datang.

Pada persidangan ini juga, Mohamad turut mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala sesama rakan sejawatan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar pertahanan dan juga perkara berkaitan cabaran dalam mengekalkan keselamatan serantau di samping menubuhkan jaringan hubungan dan kerjasama pertahanan antara negara terbabit.