Jangan beri ruang kepada penjenayah

Iklan
Zainuddin (tiga dari kanan) mengadakan lawatan di Pekan Rabu Alor Setar.

ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan agar tidak membuka ruang dan peluang kepada penjenayah dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya juga menasihatkan agar setiap premis yang ditinggalkan perlu dimaklumkan kepada polis sebelum pulang berhari raya.

Iklan
Iklan

"Kami beri jaminan akan ada melakukan rondaan sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Kami tidak melepaskan begitu ramai anggota untuk berhari raya kerana hanya 10 peratus sahaja dari kira-kira 6,000 anggota di Kedah ini yang bercuti dalam satu-satu masa," katanya selepas Program High Community Policing Ketua Polis Kedah di Pekan Rabu Alor Setar.

Zainuddin berkata, hanya bahagian trafik sahaja yang dibekukan cuti untuk mengawal laluan trafik dan anggota hanya akan bercuti selepas sambutan hari raya.

Iklan
Iklan

"Orang awam juga perlu ada kesedaran dengan tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kereta yang boleh menarik perhatian pencuri. Kita perlu cuba mengurangkan ruang dan peluang kepada penjenayah," katanya lagi.