YUNNAN - CHINA. Jalan bengkak bengkok seperti ular kena palu, menghubungkan dua kampung Jinxing dan Jinganshao tular di media sosial kerana mengagumkan.
Memetik Twitter People's Daily, sebanyak 68 selekoh sepanjang 6.3 kilometer (KM) membentuk jalan berliku di gunung daerah Yiliang Kunming, Wilayah Yunnan.
Jalan itu dibina pada 1995 malah dikelilingi keindahan alam yang mempesona.
Bagaimanapun, keadaan jalan yang bengkak bengkok itu mungkin membuatkan pemandu mahupun penumpang pening kepala.
Foto dari udara yang dirakam pada 24 November 2018 menunjukkan jalan berliku sangat menarik namun menyeramkan jika tersasar ke dalam gaung.
Video berdurasi 15 saat mendapat perhatian netizen kerana jalan itu jarang ditemui dan membuatkan mereka teruja untuk mencuba jalan tersebut.
Netizen Lance Holman juga kagum dan bertanya adakah wujud trek basikal di jalan berkenaan kerana jalan itu sangat cantik untuk diterokai. - People's Daily