KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.