Institusi penguatkuasaan undang-undang perlu bebas pengaruh politik

Iklan
Azman
KUALA TERENGGANU - Institusi penguatkuasaan undang-undang perlu bebas dari pengaruh politik bagi membolehkan badan itu adil dan saksama.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, perkara itu adalah hasrat rakyat sejak sekian lama terhadap peneraju sesebuah badan bebas di negara ini.

"Semua rakyat mahukan institusi penguatkuasaan undang-undang seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dari pengaruh politik supaya boleh berperanan sesuai dengan fungsi dan bidang kuasa yang ada.

"Mahu bebas dari campur tangan politik, jangan lantik ketua dari kalangan orang politik," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu untuk tempoh kontrak dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Mengulas lanjut, katanya, pengangan politik seseorang individu masih tetap 'mengalir' walaupun telah meletakkan jawatan dalam sesebuah parti politik.

"Orang politik ni, walaupun dia dah letak jawatan politik kerana nak terima lantikan baru dalam sesuatu institusi dia tetap orang politik.

"Pegangan dan pendirian politik akan tetap menjadi darah dagingnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Latheefa Koya ganti Mohd Shukri sebagai KP SPRM baharu