Tiada baju raya baru, makan pun apa yang ada

Iklan
Nur Aryssa (duduk tengah) melihat ibunya, Siti Bainun mengikat pelampung dan pemberat pukat di rumah.

MARANG -"Saya dan anak-anak hanya makan apa yang ada kerana tidak mampu, malah tiada persiapan dibuat untuk Aidilfitri,” kata ibu tunggal, Siti Bainun Bakri, 37, dari Pantai Seberang Marang di sini.

Bagi Siti Bainun yang bekerja mengambil upah mengikat pelampung dan pemberat pukat nelayan di rumahnya, dia juga tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan pakaian baharu buat anak-anaknya.

Iklan
Iklan

Katanya, dengan upah sekitar RM500 sebulan, mereka sekeluarga hanya boleh mengalas perut sahaja berbanding memikirkan untuk bergaya dengan pakaian baharu bagi menyambut hari raya.

"Namun, anak-anak faham dan kami tetap meraikan sambutan Syawal dengan apa yang termampu. Sebagai ibu, sudah pasti kita mahu melihat anak-anak gembira di hari raya,” kata ibu lima anak itu.

Iklan

Siti Bainun tinggal bersama ibu dan bapanya, di sebuah rumah kecil itu tetap bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga keluarganya dan juga kedua ibu bapanya.

Walaupun hidup susah Siti Bainun tetap mahu melihat anak anaknya berjaya dalam kehidupan dan akan terus mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak anaknya.

Iklan

"Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya. Saya menaruh harapan agar anak perempuan saya berjaya dalam pelajaran dan dapat mencapai apa yang dicita-citakan," katanya.

Anak perempuan Siti Bainun, Nur Aryssa Aina Zuzilan,12, adalah salah seorang peserta program Latihan Akademik Empower ECER Marang dan turut menerima bantuan persekolahan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gading itu dipilih menyertai program tersebut berdasarkan potensinya yang cemerlang dalam akademik dan kesempitan hidup keluarganya.