Gangguan bekalan air libat 10 kawasan di Gombak

Iklan
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan di lokasi paip pecah.

GOMBAK - Gangguan bekalan air sementara melibatkan kira-kira 10 kawasan susulan kejadian paip pecah di Taman Prima Gombak Off Taman Sri Gombak di sini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata setakat ini kerja-kerja pembaikan dan pemulihan di lokasi paip pecah tersebut sedang giat dijalankan pihaknya.

Iklan
Iklan

"Gangguan bekalan air sementara melibatkan beberapa kawasan antaranya perusahaan ringan, Prima Sri Gombak, Pusat Niaga Batu Caves, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Sahabat, Taman Berlian, Jalan Dewan Simpang 3, Jalan Kunci Air, Desa Minang dan Taman Bolton.

"Kerja pembaikan sedang giat dijalankan dengan peratusan kerja pembaikan ditahap 70 pertaus dan kami sedang berusaha mempercepatkan kerja pembaikan," katanya.

Iklan

Katanya, pihaknya menyasarkan kerja pembaikan dapat disiapkan sebelum jam 6.30 petang ini.

"Pelanggan yang terjejas juga telah dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) dan kami mengemaskini status dari semasa ke semasa di aplikasi telefon bimbit Air Selangor," katanya.

Iklan