Perantau perlu jaga imej rakyat Kelantan

Iklan
Ahmad menyediakan roti canai kepada tetamu sempena Rumah Terbuka di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu hari ini.

TUMPAT - Perantau dinasihat menjaga imej rakyat Kelantan supaya tidak dilabelkan sebagai pengotor apabila ada kejadian membuang sampah merata-rata tempat di jalan raya ketika pulang beraya mahu pun pulang ke ibu kota.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihak kerajaan perlukan sokongan anak-anak Kelantan menjaga kebersihan negeri ini sekali gus memberi sokongan kepada program Kelantanku Bersih dan Ceria.

Iklan
Iklan

"Jaga imej kita, jangan buang sampah merata-rata tempat meski pun berhenti rehat di tepi jalan ketika pulang ke ibu kota nanti. Jaga kebersihan sama ada di jalan raya, di kampung halaman atau di mana sahaja.

"Semoga penghayatan kebersihan ini benar-benar melambangkan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT,” katanya ditemui di Rumah Terbuka di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad turut menasihati perantau supaya berhati-hati memandu apabila pulang ke ibu kota nanti dan mengikuti peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya.

Kira-kira 5,000 rakyat memenuhi kediamannya untuk beraya yang menjadi tradisi diadakan pada hari raya kedua.

Iklan

Seawal jam 11 pagi lagi rakyat berpusu-pusu untuk menikmati pelbagai juadah seperti nasi minyak, mi sup, nasi himpit, roti canai dan beraneka kuih muih.

Duit raya untuk pengunjung kanak-kanak turut disampaikan oleh Ahmad.