Pas anggap lantikan Latheefa bercanggah janji, komitmen PH

Iklan
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA NERUS - Pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bercanggah dengan janji dan komitmen Pakatan Harapan (PH).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelantikan Latheefa mencetuskan reaksi yang bercampur-campur semua pihak, selain ramai rakyat tidak bersetuju.

Iklan
Iklan

"Rakyat rata-rata tidak setuju, tidak selesa dengan pelantikan tersebut kerana menjadi kerajaan ini kena tengok pandangan rakyat, bukan pandangan kita sahaja," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, secara peribadi beliau juga melihat perkara itu sebagai tidak wajar.

Iklan

"Yang pertama keputusan itu bercanggah dengan hasrat awal manifesto PH. Kedua, pelantikan orang politik untuk pantau orang politik nampak tidak berapa nak kenalah.

"Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan Tun (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk beri kepercayaan.

Iklan

"Apa yang kita hendak ialah kena telus. Buat masa ini biar dia (Latheefa) beraya dengan jawatan dia dahulu," katanya.

Pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN:Latheefa Koya ganti Mohd Shukri sebagai KP SPRM baharu