YOGYAKARTA - INDONESIA . Raja Yogyakarta Sri Sultan Hamengku Buwono X, meminta rakyat tidak bimbang dan takut berhubung perkembangan Gunung Merapi yang aktif.
Terdahulu, jam 7 malam pada 16 Disember, Gunung Merapi telah memuntahkan lava pada jarak 300 meter di hulu kali Gendol.
"Sekiranya penduduk takut dan bimbang, boleh pindah dari Yogyakarta namun dipercayai gunung ini tidak mengundang bahaya sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk," katanya.
Jelas Sri Sultan, gunung berapi berlaku semulajadi kerana ia adalah salah satu gunung paling aktif di dunia.
"Menjadi kebiasaannya, setiap empat tahun akan memuntahkan lava kerana guunung ini adalah salah satu gunung paling aktif," katanya.
Namun begitu, Sri Sultan menasihatkan kepada penduduk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku letusan pada bila-bila masa.
"Ini kerana letusan lava mengalir ke bawah, kawasan perkampungan berhampiran diingatkan sentiasa peka, sekiranya mendatangkan bahaya perlu pindah dengan segera," katanya. - Liputan 6