'Tak dak bau, tak dak asap tapi bunyi macam kayu terbakar'

Iklan
Mohd Asri dan ibunya melihat rumah mereka terbakar kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

SUNGAI PETANI - Sambutan Aidilfitri bagi dua buah keluarga di sini suram apabila rumah mereka di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang hangus terbakar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Mohd Asri Abdul Rahman, 18, baru sahaja melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu selepas pulang dari kedai bersama anak saudara, Mohd Wafi Wajdi Mohd Hafiz, 5.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibunya, Normah Ramli, 53, memesan barangan dapur kerana sedang menyiapkan juadah hari raya untuk menyambut kedatangan tetamu.

"Kira-kira lima minit lepas tu saya duduk di sofa dengan Mohd Wafi, mak ada di dapur sedang masak dan dia pun tak sedar rumah terbakar.

Iklan

"Tak dak bau, tak dak asap tiba-tiba bunyi macam kayu terbakar, saya ingat bunyi kat dapur, terus bangun tengok mak," katanya.

Mohd Asri berkata, semasa melintas bilik di sebelah kiri, dia terlihat api menjulang tinggi dan keseluruhan bahagian katil dalam bilik tersebut sudah hangus.

Iklan

"Saya panik dan terus jerit suruh mak keluar selamatkan diri tanpa sempat berbuat apa-apa atau selamatkan apa-apa barang.

Sementara itu, kakaknya, Nur Azila, 30, berkata, dia yang mendapat panggilan daripada keluarga ketika beraya di Simpang Empat, Perlis terus pulang ke rumah.

Nur Azila berkata, dia sedang hamil tujuh bulan dan bilik yang dipenuhi pakaian dan dijadikan tempat meletakkan peralatan dan keperluan bayi juga musnah.

"Mak masih dalam keadaan terkejut kerana kejadian berlaku sangat pantas, sehingga kini masih tak dapat makan dan minum sebab terlalu sedih," katanya.

Sementara itu, ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nordin Mohd Arshad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.28 pagi.

"Seramai 17 anggota termasuk dari balai Sungai Petani dan anggota sukarela bomba Bedong terlibat dalam operasi memadam kebakaran

"Api berjaya dikawal pada jam 9.52 pagi dan operasi tamat pada jam 10 pagi. Kita masih menyiasat punca sebenar kebarakan dan kerugian dialami mangsa," katanya.