Penindasan etnik Uighur berterusan

Iklan
Imej satelit tapak Masjid Besar Karamay di Xianjiang yang diambil pada 2014 dan 2019 menunjukkan bukti masjid berkenaan dirobohkan pihak berkuasa China.

HOTAN - Sudut di mana terletaknya Masjid Heytikah di wilayah Xinjiang, China sudah berubah wajah.

Kawasan yang dahulunya lokasi buat umat Islam Uighur menunaikan solat kini bertukar menjadi kawasan parkir kenderaan.

Iklan
Iklan

Malah bangunan dan kubah masjid diratakan bagi melenyapkan motif dan identiti Islam di kawasan tersebut.

Tindakan itu mencerminkan layanan buruk dan penindasan kerajaan China terhadap etnik Uighur sejak sekian lama.

Iklan

Hari ini, penindasan China terhadap Uighur menghiasi akhbar dunia kerana dianggarkan tiga juta etnik itu ditahan dalam ‘kem pendidikan’ yang bertujuan ‘menulis semula amalan Islam dengan budaya China’.

Puluhan masjid diroboh

Imej satelit dan visual diambil oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Earthrise Alliance menunjukkan sebanyak 36 masjid dan tapak keagamaan dimusnahkan atau kubahnya dialih sejak 2017.

Iklan

"Bagi masjid yang terselamat, jemaah perlu melalui laluan khas pengesan logam dan gerak-geri mereka diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid.

"Situasi di sini amat menakutkan dan peraturan dikenakan terhadap etnik Uighur terlalu ketat.

"Kerana itu saya sudah lama tidak ke sana (masjid),” kata seorang pemuda Uighur yang enggan mendedahkan identitinya atas faktor keselamatan.

Aidilfitri yang suram

Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Aidilfitri dengan meriah, etnik Uighur di Xinjiang pula meraikannya secara sederhana.

Mereka juga dilarang menimbulkan bunyi bising sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Malah, pegawai polis berpakaian seragam dan berpakaian biasa dikerah ke masjid berkenaan bagi memantau pergerakan mereka.

Tingkat tekanan ke atas China

Aktivis yang juga Presiden Kongres Uighur Sedunia, Dolkun Isa mendesak kerajaan China dikenakan tekanan bagi menamatkan penahanan besar-besaran etnik Uighur di Xianjiang.

"Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah bercakap mengenai penindasan etnik Uighur.

Tetapi kebanyakan negara Islam hanya berdiam diri.

Situasi ini amat mengecewakan kerana kami seagama.

"Jika kita hanya bercakap mengenainya, penindasan terhadap etnik Uighur tidak akan berakhir.

Jika tidak kerajaan China akan terus menindas kami dan kem-kem tahanan akan terus bertambah,” katanya.

Menurutnya, justeru, mereka meminta negara-negara Barat supaya mengambil tindakan konkrit dan mengenakan sekatan terhadap pegawai China yang bersekongkol dengan Beijing.

Sebelum ini, Beijing mendakwa kem tahanan atau ‘pusat pendidikan vokasional’ yang diwujudkan bertujuan menangani kegiatan pengganas dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Namun, pengkritik menganggap China sedang berusaha mengasingkan penduduk minoriti di Xinjiang dengan menindas amalan agama dan budaya yang bertentangan dengan ideologi Komunis serta budaya masyarakat Han. - AFP