Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di bawah sisa kebakaran bot mewah di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut. - FOTO JBPM KEDAH

LANGKAWI - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung di bawah sisa kebakaran dalam sebuah bot mewah dua tingkat di kawasan pembaikan di Bukit Malut di sini, kelmarin.

Mayat lelaki warga Indonesia itu ditemui kira-kira jam 7.12 malam selepas mangsa dilaporkan hilang selepas kebakaran bot mewah pada Rabu lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, mayat mangsa ditemui pasukan pengesan anjing (K-9) di bawah sisa kebakaran bot itu.

Menurut beliau, empat mangsa warga Indonesia termasuk seorang wanita yang mengalami sesak nafas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha di sini untuk menerima rawatan.

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui rentung di bawah sisa kebakaran bot mewah di kawasan pembaikan di Bukit Malut. - FOTO JBPM KEDAH

"Empat jentera termasuklah satu jentera tangki digunakan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain itu.

"Malah, komander operasi menggunakan excavators bagi membantu pencarian mangsa disebabkan terdapat timbunan barangan di dalam kapal berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam kelmarin.

Iklan

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran bot dan mencari mangsa hilang melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan BBP Persiaran Putra.

Sebelum ini, sebuah bot diletakkan di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2.56 petang.