Pendarahan hampir 2 liter: Riz AF6 selamat jalani pembedahan

Iklan
PENYANYI, Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi selamat menjalani pembedahan tonsillectomy (tonsil).

Naib juara program Akademi Fantasia keenam itu berkata, setelah bertahun mengalami penyakit tersebut akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuang tonsil pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

"Saya baru saja menjalani pembedahan 'tonsillectomy' semalam. Setelah bertahun-tahun nak buang tak nak buang, akhirnya di hari lahir yang 32 ini terbuanglah sudah," ujarnya.

Berkongsi mengenai proses membuang tonsil, Riz mengalami pendarahan darah yang banyak.

"Masuk OT jam 11:30 pagi sampai hampir jam 4 petang baru selesai. Pendekkan cerita, doktor kata banyak sangat bleeding hampir dua liter sampai kena masuk darah, juga bantuan dari senior specialist surgeon tu yang lama jadinya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Biasanya procedure ni less than 1 hour je. Tapi syukur alhamdulillah semua ok dan selamat, dah discharged pun," jelasnya.

Dalam perkongsian sama Riz turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mengambil berat terhadap kesihatannya.

Sementara itu di ruang komen, rata-rata memberikan ucapan selama hari lahir.

"Terima kasih semua yang mendoakan dan juga ucapan BDAY yang tak putus-putus buat saya. Terima kasih banyak-banyak!! Best jugak celebrate bday kat ward dengan nurses semua friendly.

"Maaf kalau tak sempat nak reply kesemua text. Doakan kesembuhan saya thank you," tulis Riz di IG.