SHAH ALAM - Perdana Menteri sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet.
Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail berkata, oleh itu tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu tanpa merujuk Kabinet tidak perlu dipertikaikan kerana Dr Mahathir berhak membuat keputusan tersebut.