Latheefa akan 'menyinga' seperti sebelum ini: Shazni Munir

Iklan
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin

SHAH ALAM - Karakter 'menyinga' tanpa mengira siapa dan ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya bakal memberi impak besar dalam usaha memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, secara peribadi dan tidak mewakili pemuda parti itu, tiada keraguan mengenai kemampuan beliau (Latheefa) menggalas amanah bagi jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Tanpa mengambil enteng persoalan proses yang dibangkitkan beberapa pihak, pelantikan ini wajar dilihat secara positif dan Latheefa harus diberi ruang untuk membuktikan komitmen beliau dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Mungkin telah sampai ketikanya untuk perubahan ini diasak secara agresif bagi membuka jalan untuk merealisasi sebuah negara sifar rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lepas menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan