PETALING JAYA - Seramai kira-kira 90 penghuni Rumah Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang diraikan dalam program khas Aidilfitri anjuran peniaga Uptown Kota Damansara dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Harimau Jagoan Malam Malaysia (AMT86 Family) baru- baru ini.
Penghuni Rumah Kasih Bestari menjamu selera sebelum dibawa membeli-belah.
Program amal berkenaan membawa penghuni terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim membeli-belah kelengkapan dan pakaian hari raya di kedai terpilih di dalam Uptown Kota Damansara sebelum masing-masing diberikan sumbangan duit raya.