Shukri tunai janji kepada Dr Mahathir

Iklan
Mohd Shukri Abdull mengadakan sidang media mengenai isu pemendekan jawatanya sebagai Ketua SPRM di Putrajaya hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA — Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali ke SPRM bagi menerajui agensi itu bagi tempoh setahun sahaja.

Katanya beliau"mengenakan syarat" ketika bersetuju menerajui SPRM untuk tempoh setahun dalam pertemuannya dengan Dr Mahathir pada 14 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas dengan memberikan fokus untuk menyelesaikan dua isu utama.

Iklan
Iklan

Dua isu itu ialah menyelesaikan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dan menyelesaikan isu dalaman"berpuak-puak” serta berpecah belah dalam SPRM, dimana beliau yakin dapat menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan ke setahun, katanya.

Mohd Shukri berkata beliau cukup menjaga dan mementingkan integritinya dan tidak pernah menyalahgunakan"satu sen duit kerajaan" pun dalam tempoh 33 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Iklan

"Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya uphold integriti saya,” katanya dalam pertemuan bersama media di sini hari ini.

Mohd Shukri, 58, memendekkan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020, yang dilakukan dengan ikhlas setelah misinya untuk menyelesaikan dua isu utama tersebut tercapai. - Bernama

Iklan