Shukri minta semua pihak beri sokongan kepada Latheefa

Iklan
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. - FOTO ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA - Semua pihak perlu memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya untuk menerajui SPRM.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, Latheefa perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas dan memimpin SPRM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka tidak perlu 'melalak, membawang atau membuang masa' kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan melantik Latheefa.

"Saya nasihatkan Latheefa supaya bekerjasama sepenuhnya dengan pegawai-pegawai SPRM dan pegawai-pegawainya perlu memimpinnya.

Iklan

"Bagi saya terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menjadi ketua pengarah yang baru termasuklah dengan membuat kerja yang betul, dengan cara yang betul kemudiannya perlu bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak, jangan takut dengan tekanan dan jangan takut dibuang sekali pun," katanya pada sidang media khas di Hotel Everly, Putrajaya hari ini.

Mengulas mengenai pelantikan Latheefa, beliau berkata, sebagai peguam, kemungkinan beliau boleh membawa idea korporat untuk digabungkan bersama inisiatif kerajaan dalam SPRM.

Iklan

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Mohd Shukri menamatkan kontraknya lebih awal.

Pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.